MARI MELANCONG BLOG
 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

TERIMA KASIH KEPADA TUAN/PUAN KERANA MELAWATI BLOG SAYA INBERSEMPENA TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1432 INI, BERSAMALAH KITA BERHIJRAH KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH SEJAHTERA MELALUI PELAUNG YANG QWI TAWARKAN INI.

LUANGKANLAH MASA DALAM 10 MINIT UNTUK MENONTON VIDEO DIBAWAH INI KERANA IA BAKAL MENGUBAH TARAF KEHIDUPAN TUAN/PUAN.



    BERMINAT SILA ISIKAN BORANG DIBAWAH (maklumat anda akan dilindungi)

 
 

Picture
MELBOURNE (Reuters) - A white glove worn by the late singer Michael Jackson sold at auction for A$57,600 ($49,000) in Australia on Sunday, nearly twice the price auctioneers expected, the auction house said.

The white bejewelled glove was a trademark of the U.S. singer, and according to auction house Bonhams and Goodman this was the first Jackson glove to go on sale since he died in June at the age of 50.

A Michael Jackson fan wearing a single white glove attends a public gathering in the Harlem section of New York, July 7, 2009. A white glove worn by the late singer Michael Jackson sold at auction for A$57,600 ($49,000) in Australia on Sunday, nearly twice the price auctioneers expected, the auction house said. (REUTERS/Mike Segar/Files) The glove sold in Melbourne on Sunday was worn by Jackson in Sydney in 1996, on the day he married Debbie Rowe, the mother of his two elder children, the auction house said.

After a bidding war between collectors in Australia and the United States, it was bought by Warwick Stone on behalf of the Hard Rock Hotel and Casino in Las Vegas.

"There was a huge amount of interest in the week leading up to the sale. We were still pretty surprised by the price," Charlotte Stanes of the auction house told Reuters.

In November 1996 Jackson was in Sydney during the HIStory tour, and attended a premiere in Sydney of the film "Ghosts", in which he starred. Earlier the same day the singer had married Rowe.

At the end of the performance Jackson threw the glove to Bill Hibble, a collector of music and film memorabilia, who has since died. Hibble's mother put the glove up for auction.

Giles Moon, national head of collectables for the auction house, said he was "astounded" by the price it fetched.

Jackson was buried last week in California, two months after his death from a drug overdose. His death has been ruled a homicide and police are investigating several doctors. They have said they will seek criminal charges but so far none has been filed.

(A$1=$0.85)

Copyright © 2010 Reuters


Perhimpunan Agung UMNO 2010 bemula


2010/10/21


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2010 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis dimulai dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra pada 8.30 pagi, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, di Dewan Merdeka, di hadapan 4,907 perwakilan.


 

Satu jamuan makan malam sempena perasmian itu juga akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada 8 malam ini.

 

Perhimpunan Agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula semalam dengan perasmian serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Sempena Perhimpunan Agung kali ini, satu forum antarabangsa dua hari turut diadakan bermula Isnin, yang bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik".

Forum yang julung-julung kali diadakan itu dihadiri lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta para penganalisis politik.
- BERNAMA


 
 
Picture
  Berita Harian -2010/09/17

 

ANAK Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari (kiri), menyambut kunjungan sanak-saudara dan tetamu pada majlis tahlil untuk arwah ibunya.

Seminggu untuk keluarkan kalsium daripada tulang dibakar pada suhu tinggi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.


 

Bagi mendapatkan keputusan ujian, Jabatan Kimia dijangka mengambil masa seminggu kerana terpaksa mengeluarkan kalsium yang masih terkandung dalam tulang berkenaan terlebih dulu.

 

Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan, berkata sekiranya tulang yang ditemui tidak dibakar sebaliknya hanya reput dan ditanam, proses menganalisis mungkin mengambil masa maksimum dua hari.

“Persampelan tulang juga agak sukar dilakukan berbanding sampel lain seperti darah atau rambut kerana ia perlu dihancurkan terlebih dulu bagi mendapatkan debu.

“Di dalam tulang terdapat banyak kalsium, justeru itu kita perlu mengeluarkan semua kalsium di dalamnya terlebih dulu yang mungkin akan mengambil masa antara dua ke tiga hari. Apatah lagi tulang itu bukan reput atau lama sebaliknya ia terbakar teruk.

“Daripada debu tulang, pakar forensik boleh memulakan proses menganalisis bergantung kepada keadaan tulang, bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan ketepatannya boleh dicapai sehingga 100 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jabatan Kimia menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berprofil tinggi ini membabitkan enam pakar forensik terlatih dan berpengalaman supaya profil DNA yang akan diketengahkan nanti boleh dijadikan bahan bukti, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan kejam berkenaan.

Katanya, buat masa ini semua sampel tulang masih belum dikenal pasti sama ada milik empat mangsa yang didakwa dibunuh atau milik orang lain atau milik haiwan sehinggalah ia siap dianalisis.

“Apa pun besar harapan mudah-mudahan sampel yang dihantar ini akan memberikan petunjuk dan antaranya yang mudah untuk diproses dan dianalisis,” katanya.

Sebahagian daripada sampel tulang dari lokasi kejadian diterima Jabatan Kimia daripada Unit Forensik Polis kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Hithaya bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang sampel lain seperti rambut atau darah keluarga yang sudah pun menyerahkan sampel DNA masing-masing kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lalu bagi ujian paterniti DNA.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, serpihan tulang boleh membantu menentukan DNA jika sum-sum pada tulang berkenaan masih ada. Selain menentukan identiti, ia juga boleh menentukan bila sebenarnya mangsa dibunuh dan dibakar.

Katanya, DNA itu kemudian akan dipadankan dengan sampel tisu, rambut dan darah waris mangsa untuk ujian paterniti DNA bagi mengenal pasti padanan sampel.

“Dalam kes Sosilawati, penemuan barang kes seperti jam tangan dan senjata digunakan dalam pembunuhan mereka adalah untuk tujuan dokumentasi bagi mengukuhkan proses pendakwaan ke atas suspek.

“Dalam kes di Banting ini, penjenayah memang bijak dalam melupuskan bahan bukti dengan membunuh, kemudian bakar dan membuang ke sungai. Ini yang menyukarkan kes untuk kita siasat kerana sampel gigi yang biasanya menjadi sumber utama DNA turut musnah. Namun begitu, pakar forensik mempunyai banyak kaedah lain untuk mencari DNA ini,” katanya yang juga seorang pakar forensik.

Beliau berkata, selain itu alat pengesan logam juga banyak digunakan bagi mengesan bahan bukti antaranya atap zink yang dipercayai digunakan sebagai lapik untuk membakar mayat, jam tangan dan senjata pembunuhan.

Katanya, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat turut masuk ke lokasi dipercayai tempat mayat dibakar bagi menyiasat kesan bau petrol dan kesan terbakar bagi menentukan waktu sebenar kesemua mangsa dibakar.



This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.
 
 
Picture
Berita harian -2010/09/17

 

ORANG ramai yang mengunjungi Ladang Soon Beng Longan Trading di Tanjung Sepat, di Banting sempena cuti umum Hari Malaysia semalam berputih mata apabila polis menutup laluan ke ladang itu sejak Sabtu lalu berikutan penyiasatan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa kerana ladang itu terletak bersebelahan ladang suspek utama.

Peguam mahu jumpa ahli perniagaan, dua rakan di Banting Isnin lalu

KUALA LUMPUR: Pembongkaran kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain serta kejayaan polis menahan sembilan orang berhubungnya berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga ahli perniagaan bergelar Datuk dari Selangor daripada menjadi mangsa suspek kes itu.


 

Ketiga-tiga ahli perniagaan itu sebelum ini dikatakan diminta peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati menemuinya di Banting, Isnin lalu, untuk mendapatkan semula wang pendahuluan bagi urusan jual beli tanah.

 

Salah seorang ahli perniagaan terbabit yang enggan dikenali berkata, beliau dihubungi peguam itu sehari sebelum Aidilfitri dan me-mintanya ke Banting, Isnin lalu kerana mahu memulangkan wang pendahuluan RM1 juta bagi pembelian tanah seluas enam hektar di Butterworth, Pulau Pinang.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu peguam itu ditahan polis Sabtu lalu selepas disyaki menjadi dalang kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

“Dia (suspek) menghubungi saya dan bertanya di mana saya berada dan memberitahunya saya di Johor untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan dia minta berjumpanya pada hari raya keempat di Banting.

“Saya bersyukur kerana belum berjumpanya. Jika tidak, saya juga mungkin menjadi mangsanya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, suspek pada mulanya memberitahu tanah di Pulau Pinang itu milik seorang lelaki berbangsa India, tetapi pemeriksaannya mendapati ia didaftar atas nama seorang lelaki Cina.

“Saya kemudian tidak berminat membeli tanah itu dan meminta suspek memulangkan bayaran pendahuluan RM1 juta yang diserahkan kepadanya. Dia berjanji memulangkannya apabila bertemu di Banting, Isnin lalu,” katanya.

Ahli perniagaan itu mendakwa dua lagi rakannya yang juga ahli perniagaan turut berurusan dengan suspek bagi pembelian tanah turut diminta ke Banting, Isnin lalu bagi menyelesaikan urus niaga mereka.

Berikutan itu, beliau bersama seorang rakannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Selasa lalu.


 
 
Harian metro - 2010/09/17

KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.


“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.



Katanya, dia membatalkan niat untuk ke pejabat guaman suspek selepas media melaporkan Sosilawati ditemui mati dipercayai dibunuh peguam terbabit yang juga rakan kongsi pembelian tanah berkenaan.



“Saya, Sosilawati dan peguam itu sebelum ini kenalan rapat sejak tiga tahun lalu,” katanya.



Sebelum itu, katanya, dia menghubungi suspek bertanyakan mengenai Sosilawati yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, namun peguam terbabit menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan dia hanya perlu hadir ke pejabatnya mendapatkan wang keuntungan penjualan tanah berkenaan seperti dijanjikan.



“Dalam perbualan melalui telefon itu, dia juga mengaku sudah dua kali memberi keterangan kepada polis dan memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu dia ditahan polis,” katanya.



Menceritakan mengenai urus niaga tanah itu, Datuk berkenaan mendakwa berkata, peguam terbabit memujuknya melabur bagi membeli sebidang tanah seluas 12 hektar di Batu Feringgi milik seorang warga tempatan pada harga RM25 juta dan perlu membayar deposit RM2.5 juta.



“Saya bagaimanapun beritahu tiada wang sebanyak itu. Dia memberi idea supaya saya berkongsi dengannya, Sosilawati dan seorang lagi rakan bagi membayar wang pendahuluan berkenaan,” katanya.



Katanya, dia dan Sosilawati serta seorang lagi rakan bersetuju membeli tanah berkenaan selepas dipujuk suspek kerana dijanjikan tanah berkenaan memberikan pulangan lumayan kepada kami. “Pembelian tanah melalui syarikat Sosilawati itu diuruskan suspek yang mengambil masa enam bulan sebelum berjaya dijual kepada satu syarikat dengan harga RM29 juta,” katanya.



Katanya, semua nampak lancar apabila suspek menunjukkan dokumen perjanjian jual beli dan ketika itu tiada yang meragukan.


 “Dia membayar kembali modal RM2.5 juta kepada kami dalam tempoh enam bulan selepas menerima bayaran deposit RM2.9 juta daripada syarikat yang membeli tanah berkenaan. Bagaimanapun, kami gagal memperoleh bayaran keuntungan RM4 juta seperti yang dijanjikan walaupun sudah dua tahun berlalu.


“Dalam tempoh itu, saya sering menghubunginya bertanyakan perkara berkenaan dan kadangkala marah dengan jawapan suspek kononnya ada masalah dalam pertukaran hak milik,” katanya.



Selepas dua tahun, dia dihubungi suspek menyatakan wang keuntungan berkenaan sudah diperoleh dan perlu hadir ke pejabatnya bagi mendapatkannya. Namun, takdir menyebelahinya apabila dia mendapat maklumat pada 12 September bahawa peguam itu ditangkap polis berhubung kes bunuh dan bakar Sosilawati dan tiga rakannya.



“Kemungkinan Sosilawati juga disuruh datang ke pejabat suspek bagi mendapatkan wang keuntungan berjumlah RM4 juta itu, namun kedatangannya dan tiga yang lain seolah-olah menempah ajal.


 “Jika saya tidak menyedari kes pembunuhan itu, saya mungkin turut menerima nasib sama. Malah, saya diberitahu pihak berkuasa bahawa suspek dipercayai mengaku sudah merancang bagi membunuh saya dan rakan pada hari itu,” katanya.


Beliau membuat laporan mengenai kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (IPPDKL), Selasa lalu.


 
 
  KUALA LUMPUR 14 Sept. – Siasatan polis setakat ini mendapati tiada maklumat menunjukkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu telah disembelih.

Sehubungan itu, polis menafikan laporan dua akhbar yang memetik sumber kononnya keempat-empat mangsa disembelih dengan senjata tajam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa sehubungan itu berharap pihak media menghentikan laporan berbentuk spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan kes tersebut.

“Saya tidak tahu daripada sumber mana mereka (akhbar terbabit) dapat maklumat mangsa disembelih sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan.

“Setakat ini, siasatan kita menunjukkan tiada maklumat menyatakan mangsa disembelih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan dua akhbar hari ini yang menyatakan hasil siasatan polis tidak menolak kemungkinan Sosilawati dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya telah disembelih menggunakan senjata tajam.

Akhbar terbabit yang memetik sumber menyebut, berdasarkan siasatan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

Menurut Khairi, pihaknya masih berusaha mengumpul segala bahan bukti dengan bantuan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Jadi, saya harap pihak media menghentikan segala laporan berbentuk spekulasi kerana siasatan masih berjalan.

“Tolong jangan ganggu proses siasatan ini dengan berita sensasi memandangkan kes terbabit belum dibawa ke mahkamah kerana semua keterangan yang diperoleh semasa siasatan akan dikemukakan sebagai bukti semasa pendakwaan nanti.

“Kita tidak mahu selepas bertungkus-lumus mengumpul bahan-bahan bukti dan menyiapkan kertas siasatan namun tiba-tiba timbul masalah untuk mendakwa mangsa disebabkan fakta-fakta sensasi yang disiarkan oleh media,” katanya

 
 
Harian Metro -  2010/09/15

BANTING: Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.


Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.



Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.



Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.



Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka.


 
 
Berita Harian - 2010/09/14 Penyempurnaan pengebumian boleh diurus seperti jenazah biasa

KUALA LUMPUR: Walaupun yang tinggal hanya cebisan tulang dan abu mayat, jenazah keempat-empat mangsa pembunuhan iaitu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain, masih boleh diurus dan disempurnakan pengebumiannya seperti jenazah biasa.


 

Bagaimanapun, ada keringanan dalam memandi dan mengkafankan jenazah kerana dikhuatiri proses itu akan mengakibatkan kerosakan teruk dan menjejaskan keseluruhan bahagian yang masih tinggal kerana ia tidak lagi sempurna dan sukar dikenal pasti.

 

Tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata walaupun keadaan mayat langsung tidak dikenali dan hanya tinggal tulang, semua tulang dan abu milik mangsa perlu dikumpul dan dibungkus dengan kain putih secara tertib dan disembahyang serta dikebumikan seperti biasa.

“Apabila semua tulang dan sisa mayat itu dikumpul dan ia disahkan memang mayat mangsa beragama Islam, cukup sekadar berniat ia dimandikan atau ditayammumkan dan ketika ia dibungkus, cukup sekadar berniat mayat dikafankan kerana keadaan fizikal mayat yang tidak mengizinkan, lalu disembahyangkan dan dikebumikan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cara terbaik menguruskan jenazah yang tidak menyerupai fizikal asal termasuk jika jenazah hanya tinggal debu dan tulang akibat terbakar.

Akhbar semalam melaporkan, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah, dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Abu Hassan yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, berkata setiap mayat umat Islam yang mati wajib disempurnakan dan diurus mereka yang masih hidup iaitu dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan sempurna.

Bagaimanapun, katanya, keadaan fizikal mayat tidak normal atas beberapa sebab seperti syahid di medan perang, yang tenggelam, sudah menjadi debu dan sebagainya, hanya sebahagian daripada empat perkara itu yang menjadi fardu kifayah.

“Jenazah gagal ditemui, terlalu sukar dikeluarkan atau berada jauh, mengikut hukum fekah sebaik diketahui dan diyakini meninggal dunia, ahli keluarga boleh melaksanakan sembahyang mayat ghaib bagi mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya


 
 
Utusan - 14/09/2010 10:11pm
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38; Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali.

Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan. - Bernama
 
 
Picture
Berita Harian - 2010/09/14

 

ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

BANTING: Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.


 

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.
Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka



This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.
 
    ANDA INGIN MELANCONG, KLIK GAMBAR BAWAH INI
    Picture

    Author

    Selamat Datang Ke Blog Mari Melancong. Disamping memaparkan isu-isu semasa dapatkan info berkenaan program mari melancong di TAB berkenaan.

    http://focustwo.com/images/120x60.gif

    Archives

    October 2010
    September 2010

    Categories

    All

    RSS Feed